26 Jun 2011 pihak Bomba Dan Penyelamat telah datang ke SKFM dan mengadakan demontrasi cara - cara memadam kebakaran menggunakan pemadam api jenis serbuk.Cikgu juga di beri peluang untuk mencubanya dan guru prasekolah tidak melepaskan peluang yang diberikan oleh pihak bomba.
Sambutan hari lahir murid prasekolah telah diadakan pada 21 Jun 2011 bertempat di kelas prasekolah mutiara.Jemputan terdiri daripada ibubapa , guru - guru dan kakitangan sekolah.
Sambutan Hari Guru SKFM tahun ini amat meriah kerana terdapat kejutan yang amat tidak disangka oleh semua guru.Pelbagai kategori disediakan oleh murid tahun 6 untuk diberikan kepada guru kesayangan mereka antaranya Guru Bergaya,Guru Mesra,Guru Sporting dan sebagainya.
3 Mei 2011 kami guru - guru prasekolah daerah Hulu Terengganu sedang menyiapkankan blog sekolah masing - masing.Rasa teruja kerana akhirnya blog prasekolah sendiri dapat ditatap olah semua orang.Pada mulanya talian bermasalah tetapi dengan semangat yang berkobar - kobar dan jiwa yang kental ,menunggu dengan penuh kesabaran akhirnya blog berjaya disiapkan.